Saturday, November 7, 2020

Pengalaman Mengangung Type 1 Diabetic Kencing Manis

Assalamualaikum dan Hi semua

Ini pengalaman saya sebagai seorang suami. 

Isteri saya mempunyai kencing manis dari umur 9 tahun. Sejak kecil lagi. Jadi, insulin dan glucose meter memang tidak pernah lekang dari dia. 

Pengalaman isteri mengandung, memang penuh cabaran. Kes isteri saya memerlukan support dari dua doctor pakar iaitu Doctor O&G dan Doctor Medical (Diabetic). 

Sejak mengetahui isteri mengandung, perkara pertama yang saya lakukan bersama isteri adalah close monitoring on blood sugar. Kena check betul betul kandungan gula dalam darah. Saya membuat satu buku yang sangat tebal untuk tulis kan bacaan yang di ambil LAPAN kali setiap hari. 

Bangun pagi (fasting sugar) 
Sebelum breakfast
2 jam selepas breakfast 
Sebelum lunch
2 jam selepas lunch
Sebelum dinner
2 jam selepas dinner
Sebelum tidur

Ini semua berdasarkan pengalaman mengandung pertama yang tidak menjadi (disebabkan oleh bacaan gula yang tidak terkawal).

Di dalam buku ni, memang saya yang akan record kan sendiri bacaan. Waktu awal mengandung. Bacaan memang sangat terus. Tetapi, saya rajin membaca dan berbincang dengan doctor pakar apa yang terbaik untuk isteri saya. 

Ini adalah minggu mingu pertama bacaan. Warna hitam untuk bacaan tinggi
Warna merah untuk hypo atau bacaan gula rendah
Warna biru untuk bacaan gulu biasa within range

7 weeks pregnant 
Nanti saya share lagi pengalaman kami bersama ya. 

Kepada yang mengandung sama ada GDM atau Type1 Diabetic, tolong dengar nasihat dari doctor ya. 

Jumpa lagi next episode ya. 


No comments:

Post a Comment

JOURNEY 8 : After balloon, induced with pill

Hi All I apologise for the late update on Journey #8. On the second day after balloon was inserted, there is not much different. The cervix ...